IMG_9095

 (Empty Calories)

“Empty calories” bermaksud makanan yang tinggi kalori tetapi rendah kandungan zat nutrient. Makanan yang mengandungi kalori adalah makro nutrien (karbohidrat, protein, lemak) manakala makanan yang tidak mengandungi kalori pula ialah mikro nutrien (semua vitamin, mineral, serat).

Makanan yang tinggi kandungan kalori boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan. Ini berlaku kerana pengambilan kalori yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak dalam badan.
‘Empty Calories = High Calories but Low Nutrition’

“Empty calories” juga dikenali sebagai makanan rapu (junk food) yang mana kurang kandungan mikro nutriennya. Kebanyakan makanan yang tersenarai sebagai “empty calories” adalah yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi.

IMG_9094

Contoh-contoh makanan yang dipanggil “empty calories” adalah:-

1. Makanan yang tinggi kandungan gula

• Gula-gula, makanan rapu dan makanan manis. Makanan ini bukan sahaja tinggi kandungan gula tetapi juga mengandungi pewarna dan bahan pengawet. Ia tinggi kalori tetapi tiada kandungan mikro nutrien.
• Minuman berkarbonat (coca-cola, pepsi)
• Minuman manis (botol, kotak atau tin)
• Beer, wine dan semua jenis minuman beralkohol

2.  Makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak

• ‘Fast food’ seperti kentang goreng, ayam goreng, chips, burger, hot dog dan sebagainya. Kebiasaannya, satu set ‘fast food’ mengandungi 500 – 600 kkal. Kalori ini kebanyakannya datang daripada lemak (lemak tepu dan lemak trans) dan hanya sedikit kandungan mikro nutrien. Selain itu, kandungan garam juga teramat tinggi.
• Makanan sejuk beku (frozen food)
• Butter, marjerin, shortening, mayonis dan lemak tepu

 

IMG_9093