Semalam, Admin ada terangkan dekat seseorang tentang penggunaan supplement di mana whey dan mass boleh digunakan untuk kedua-dua bulking dan cutting. Kemudian, dia menegur Admin, katanya whey untuk turun berat sahaja dan mass untuk naik.

Admin terang semula konsep kalori, tentang surplus dan desifit secara ringkas. Habis dia tag kawan-kawan dia nak tanya betulkah apa yang Admin terangkan.

Sebelum anda nak bina badan dan menggunakan supplement, fahamkan dahulu tentang asas pemakanan. Kalau yang asas ini anda tak fahamkan lagi, nanti anda salahkan Admin dan juga supplement sebab badan tak naik. Walhal, yang asas pun tak lepas lagi!

Asas yang Admin masudkan ialah pemakanan di mana anda kena makan ikut jumlah kalori tertentu. Anda boleh Google “calorie calculator” untuk mengira keperluan kalori harian anda bagi mencapai satu-satu matlamat seperti bulking, cutting, ataupun maintenance.

Badan anda akan naik berat kalau anda makan lebih daripada keperluan kalori harian anda. Sebaliknya kalau anda makan kurang daripada keperluan kalori harian, anda akan turun berat. Tak kesah guna whey atau mass, kiraan kalori yang penting.

Kalau anda minum mass sekali sehari, makan lain ala kadar sahaja, mungkin sekali kalori anda tak cukup untuk berada dalam fasa surplus, lantas tak jadilah bulking tetapi dah jadi cutting. Kalau anda tengah cut pula dan minum satu scoop whey, tapi makan macam setahun tak makan, setiap hari, maka dah tak jadi cutting tapi tu namanya bulking sebab tinggi kalori lebih daripada keperluan.

Pucuk pangkal dia, nak naik dan turun berat, bergantung pada kemasukan kalori harian anda, bukan pada jenis supplement yang anda pakai. Jadi, apa gunanya supplement? Ia membantu untuk memudahkan perjalanan anda.