Kopi telah menjadi antara minuman rasmi bagi sesetengah penggemar gym di seluruh dunia. Sehinggakan, ada yang tak boleh bersenam kalau tak minum kopi dahulu. Apa yang bagus tentang kopi sebelum workout?
Mereka yang tak menggunakan kopi akan menggunakan minuman lain, lebih tepat lagi mereka menggunakan supplement. Mereka akan gunakan preworkout dan supplement ini memberikan mereka tenaga sama seperti kopi. Apakah bahan yang ada dalamnya yang menjadikan anda lebih bertenaga?
Jawapannya ialah kafein. Tahukah anda yang kafein sebenarnya dikategorikan sebagai “drug”? Malah, kalau anda ke farmasi, mereka juga ada menjual tablet kafein bertujuan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah migrain.
Kafein adalah sejenis bahan stimulan bagi merangsang badan anda untuk bekerja, dalam hal ini, bersenam dengan lebih kuat. Bahan utama dalam preworkout adalah kafein dan beta alanine. Orang ramai meminum kopi boleh bagi mendapatkan kafein. Kiranya, kopi adalah preworkout yang jauh lebih murah (dan bagi sesetengah orang jauh lebih kuat kesannya daripada supplement). Ia berbeza mengikut individu.
Masalah yang dihadapi oleh orang ramai adalah seperti yang dikatakan tadi, ada yang tidak boleh bersenam kalau tak dapat kopi dahulu. Sama sahaja dengan preworkout, mereka tak mahu bersenang kalau mereka tak dapat supplement-supplement ini. Badan mereka seperti tidak bertenaga atau fokus mereka lari.
Ini bermaksud badan mereka sudah bergantung pada kafein dan ini bukan benda yang bagus. Sebab itu anda kena berpada-pada dalam penggunaan kafein. Jangan gunakan setiap hari, dan jangan gunakan terlalu banyak. Ambil juga masa untuk berehat daripada menggunakan kafein supaya badan anda tidak terbiasa dengan rangsangannya.
Saya cadangkan anda guna kafein untuk hari yang mempunyai latihan berat ataupun yang susah. Contohnya seperti latihan kaki ataupun latihan kardio berintensiti tinggi. Pada hari-hari yang lain, tak perlu menggunakannya. Latih diri anda supaya anda boleh paksa fizikal dan mental untuk berlatih dalam apa jua keadaan.
Entri: Aiman Radzi
#DeeGymSupplement
@DeeGymSupplement