Apakah Beza Steroid Dengan Testosterone Booster?

Admin dapat mesej WhatsApp semalam daripada seorang pembeli produk Superior14, katanya khuatir dengan testosterone booster. Baginya, testosterone booster sama sahaja sengan steroid. Adakah ini benar?

Tidak sama sekali, malah jauh hulu dari pangkal. Steroid ialah kompaun sintetik yang dicipta dalam makmal. Ia adalah testosterone itu sendiri. Apabila anda gunakan steroid, anda memasukkan hormon secara terus. Walhal, booster hanyalah herba-herba (seperti tongkat ali) untuk merangsang rembesan hormon.

Kata kunci di sini ialah merangsang dan bukan memberikan hormon terus. Jika rembesan anda kurang, maka ini akan membantu. Jika sistem anda semua berfungsi dengan baik, maka kesannya tidaklah begitu ketara.

Sistem badan kita akan mula menurun apabila kita meningkat usia. Mereka yang umur 20an mempunyai sistem yang masih kuat (jika mereka tiada masalah kesihatan). Ramai menggunakan booster apabila mereka sudah meningkat usia (atas 30an).

Anda tak perlu risau kerana booster bukanlah steroid. Jika ia adalah steroid, patutnya ramai yang gunanya akan jadi jauh lebih besar daripada sekarang. Tetapi, Admin tak sarankan anda guna steroid sama sekali.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook