Dulu, Admin pernah kata, selepas habis siri Tip FST-7, Admin nak buat satu entri berkaitan FST-7 itu sendiri sebab ada yang tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan latihan tersebut.

Individu yang mereka latihan ini ialah Hany Rhambod, iaitu jurulatih kepada Phil Heath. Latihan ini telah digunapakai oleh ramai champion, termasuk anak buahnya Jeremy Buendia. FST-7 bermaksud fascia stretch training dan 7 merujuk kepada jumlah set yang anda akan buat.

Sebagaimana plastik yang membungkus makanan, otot kita juga dibungkus oleh satu struktur dipanggil fascia. Setiap orang mempunyai lapisan fascia tetapi ketebalannya berbeza-beza. Ada yang nipis dan ada yang tebal. Phil Heath mempunyai fascia yang nipis lantas memudahkannya untuk bina badan. Jay Cutler pula memiliki fascia yang tebal, tetapi tidak bermakna dia tak boleh bina badan, siap jadi juara Mr Olympia lagi!

Konsep latihan ini ialah anda ingin meregangkan lapisan fascia tersebut melalui latihan bebanan. Selalunya, orang buat regangan (streching) dan urutan untuk melembutkan bahagian tersebut, tetapi dengan latihan FST-7, anda boleh cuba untuk meregangkan fascia daripada dalam.

Apa yang berlaku ialah, anda akan pump otot anda gila-gila dan ini akan meregangkan lapisan fascia. Bayangkan begini, bungkusan makanan, kalau anda paksa sumbat makanan dalam plastik, lama-lama plastik itu akan mengembang dan terkoyak.

Bunyi macam rumit, nak mereganglah, apalah, fascia itu ini, otot kena pump lah. Tak susah pun, memang mudah sangat FST-7 ini! Caranya:

  1. Buat tekni FST-7 di hujung-hujung latihan.
  2. Pilih senaman isolation yang anda gemar.
  3. Gunakan bebanan yang anda hanya boleh buat 15 rep.
  4. Buat 15 rep dengan berat tersebut.
  5. Rehat 15 saat sahaja dan buat lagi 15 rep.
  6. Ulang sampai 7 set.

Kalau anda tak boleh habiskan 15 rep, minimum yang anda wajib habiskan adalah 8 rep. Strictkan rehat anda kepada 15 saat sahaja. Satu senaman isolation cukup guna teknik ini untuk sehari. Anda kena paksa sikit diri anda untuk capai 15 rep. Rasailah pengembangan otot anda yang menyakitkan tapi akan buat anda puas hati!