Fat burner semakin hangat diperkatakan di pasaran fitness. Ramai menyangkakan ia adalah ubat ajaib (makan-makan terus kurus). Admin selalu dapat soalan seperti “kalau makan ini, kena bersenam tak?”.

2 perkara anda tak boleh lari meskipun makan apa-apa jenis supplement:

1- Pemakanan (diet)

2- Latihan

Pemakanan adalah kunci utama kepada kenaikan atau penurunan berat badan. Latihan pula ialah stimulasi atau rangsangan untuk mendapatkan kesan kenaikan atau penurunan tersebut. Biasanya, latihan dilakukan bagi merangsang otot untuk meningkatkan metabolisme badan.

Fat burner tidak membakar lemak secara ajaib. Sebaliknya, ia membantu pembakaran lemak melalui peningkatan metabolisme dan kesan thermogenic. Anda akan rasa bertenaga dan ini membuatkan latihan anda lebih berkesan kerana anda lebih fokus semasa berlatih.

Ada juga fat burner yang membantu untuk mengawal nafsu makan. Seperti yang dikatakan, pemakanan tetap jatuh pada tangga pertama di mana kalau anda makan apa-apa fatburner tetapi tak jaga makan, lemak tetap tidak terbakar. Oleh itu, sesetengah fat burner membantu anda dengan mengawal selera makan supaya anda tidak terlajak kalori.

Jangan pula selepas ini anda ambil fat burner tetapi tidak bersenam dan diet. Kemudian, mengadu pada Admin yang fat burner tersebut tidak berkesan.

Untuk Admin, fatburner yang mantap di pasaran sekarang ialah USN Slim Packs. Cuba dapatkannya daripada cawangan-cawangan Dee Supplement terdekat dengan anda!