Gejala terlebih latihan adalah benda yang boleh berlaku pada diri kita semua. Ada yang tak reti-reti nak rehat daripada bersenam. Maksudnya, mereka berpegang pada konsep “no pain no gain” secara harfi. Betul, anda kena cabar diri anda semasa di gym, tetapi bukannya sampai ia mendatangkan mudarat pada anda.

 

Contoh-contoh terlebih berlatih ialah tidak mendapatkan masa rehat yang cukup, pergi ke gym dan workout tanpa henti 3-4 jam (kecuali kalau anda pengguna steroid), repping yang berat-berat sampai form tak cantik, dan macam-macam lagi! Orang kata, geng-geng ini digelar “gym bro”.

 

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin terlebih berlatih?

 

Kesakitan Yang Kerap Dan Melampau-Lampau

Kalaulah sampai dah sakit-sakit susah nak buat kerja harian, sakit pun lama masih tak hilang, mungkin anda dah terlebih berlatih. Ambil masa untuk berehat sebentar.

 

Sentiasa Letih Dan Tidak Bermaya

Hari-hari berasa letih dan seperti tak ada tenaga untuk berfungsi macam biasa, apakah maksudnya? Sebab itu, gym bukan sekadar angkat berat, tetapi ia adalah angkat berat secara bersistem.

 

Sakit Kepala Dan Selalu Haus

Kekurangan air adalah benda yang berbahaya! Badan kita, sebahagian besar diwakili oleh air. Kalau kita haus, maksudnya air dalam badan kita kurang. Ia juga membawa kepada sakit kepala, dan boleh jadi serius.

 

Imun Badan Merosot

Selalu demam-demam? Itu tandanya imun badan anda merosot dek kerana badan anda kurang masa untuk memulihkan diri daripada kerosakan-kerosakan akibat workout di gym.

 

Kurang Selera Makan

Pemakanan adalah faktor penting untuk membina badan. Kalau anda tak jaga makan, susah untuk membina otot dan membakar lemak. Masalahnya, apabila anda keletihan terlampau akibat terlebih berlatih, anda akan jadi kurang selera makan.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)