Adakah anda sedang dalam misi cutting untuk membakar habis lemak-lemak badan anda? Pernah cuba berjogging tapi mula rasa bosan atau merasakan ia tidak berkesan? Apa kata anda cuba berlari!
Senaman berlari bukan sekadar berlari kosong, tapi berlari pecut melatih hampir keseluruhan otot badan anda sama seperti senaman-senaman compound yang lain. Yang paling terkesan dalam larian ialah otot abs dan otot kaki anda. Ya, berlari mampu menguat dan membina otot perut untuk mengukir sixpack yang anda mahukan itu!
Apabila anda berlari pecut, anda mengaktifkan gentian otot fast-twitch. Berbeza dengan berjogging jangka masa lama, anda akan mengkatifkan gentian otot slow-twitch. Bagi fast-twitch, mereka lebih bersaiz besar dan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi berbanding slow-twitch. Kelebihan berlari yang lain ialah ia sama dengan berlatih dengan bebanan, iaitu senaman berlari pecut sebenarnya membina otot dan membakar lemak!
Sebab itu kita lihat dalam gambar, pelari pecut sentiasa berbadan tegap dan shredded. Beliau merupakan pelari pecut nombor satu dunia! Jika dibandingkan dengan pelari marathon jarak jauh, fizikal mereka jauh lebih kurus berbanding pelari pecut. Yang mana satu anda mahukan?
Selain itu, apabila anda berlari pecut secara high-intensity interval training (HIIT), anda akan mengaktifkan satu efek yang sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin membakar lemak secara berterusan, iaitu afterburn effect dimana metabolisme badan anda meningkat sleama 3 hari selepas tamat latihan. Badan anda akan sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki segala sel yang telah “cedera” sewaktu latihan dan proses ini membakar banyak kalori!
Untuk mulakan latihan berlari, sentiasa pastikan anda tiada masalah kesihatan atau kecederaan lalu. Dapatkan nasihat doktor jika perlu. Cuba lakukan larian jarak pendek untuk beberapa set dalam 30 minit. Sentiasa cuba untuk berlari lebih laju atau selaju mungkin, tak mahu berlari ala kadar sahaja. Saya pasti selepas 2 minggu berlari, anda akan rasa lebih selesa dengan badan anda!