Admin nak kongsikan satu teknik latihan yang pembaca semua boleh buat kalau mereka nak jadi ripped atau nak pecahkan plateau lama! Jika anda rasa badan anda lama tak berubah, kekuatan tak bertambah, cubalah latihan ini.

50 Rep Untuk Ripped

Cara yang paling mudah untuk pecahkan plateau adalah melakukan 50 rep dengan cara begini:

  1. Gunakan bebanan yang anda boleh buat 25 rep dengan form yang cantik.
  2. Selepas habis 25 rep, rehat hanya selama 15 saat sahaja.
  3. Sambung lagi beberapa rep sampai failure dan rehat lagi 15 saat.
  4. Ulang sampai anda habis buat 50 rep.

Senang sahaja, bukan? Biasanya, orang akan buat 25 rep, 8 rep, 6 rep, 5 rep, 3 rep, dan 3 rep (total 50 rep). Kalau anda legend, sambung buat sampai habis 70-100 rep! Jika nak buat begitu, boleh sahaja rehat seama 20 saat antara set (cheh…tambah 5 saat sahaja!).

Misi anda adalah untuk habiskan 50 rep (atau 70-100 rep jika legend) dalam kurang daripada 6 set. Kalau anda super legend, rehat selama 6 saat sahaja antara set!

Anda boleh buat teknik ini di awal, di hujung, ataupun dengan setiap senaman. Semuanya bergantung pada pengalaman dan target anda di gym.