Bagaimana membesarkan otot kaki?

Dah main kaki tapi tak mahu besar-besar gak, bukan ringan main lebih seratus kilo gak squat tapi camtu je kaki…tu kecewa nak main kaki dah. Mungkin tu sebab ramai malas main kaki, sebab utama penat nak mampus main tapi hasil tarakkkk.

Ok…admin dengan besar hati nak kongsi tips supaya korang dapat hasil lepas main kaki kali nie. Tapi kene folowlah tips admin nak share kali nie bukan baca pastu buat bodo je…jawapan dia samalah hasil tarak gak.

Tips nie ramai otai-otai gym buat tu kalau tengok kaki diaorang MasyaAllah besar siap epcah lagi.

Ok folow tips nie
1) Squat dan Leg Press

Senaman yang paling utama jika tiada masalah pinggang adalah squat. Squat penuh dengan beban yang tinggi bergantung pada periodisasi. Selepas habis squat terus ke leg press lebih berat daripada squat. Tak perlu mulakan dengan beban kecil lagi. Jika nak start yang kecik just mula dengan squat je, mungkin nak regang kaki dulu tapi habis je buat squat masuk Leg Press hentam berat terus. Buat dalam 4 set dalam 10reps dah cun.

2)  Hari Pertama

Mulakan hari pertama dengan latihan kaki. Sebelum nie hari pertama main chest, Kali nie tukar main kaki lak. Sebab semalam anda dah rest seharian kira energy dah mencanak, time tu nak workout papew pun badan bertenaga je tu yang perlu start kaki dulu sebab main kaki banyak keluar energy berbanding main part lain. Kasi hentam kaw-kaw bila main kaki biar sampai termuntah pun janji hasil berbaloi.

3)  Gerakan Penuh

Lakukan gerakan penuh jika main kaki jangan main sikit-sikit Samada squat, deadlift, leg extension dan sebagainya. maksud dia jika nak squat tu turun habis, memang betul ada squat half dan full. Tapi Full tu wajib, jika ada energy lagi baru masuk set ke half squat. Begitu juga main Leg Press, Leg Extension, lunge semua mesti full baru dia makan otot sampai ke dalam kasi keluar belaka otot-otot dalam tu. baru cun bro

4) Hard Gainer

Jika anda seorang ‘hard gainer‘, cuba mulakan senaman dengan leg extension yang ringan dahulu dalam 4 set. Nie kerana bimbang kaki anda tak cukup kuat lakukan squat tu better lakukan leg extensiaon dlu kasi otot kaki anda dalam keadaan stadby.


5) Ubah Program

Selepas 2 hingga 4 minggu, ubah program latihan. Jika sebelum ini dimulakan dengan back barbell squat, apa kata ubah ke front barbell squat. Ubah susunan latihan. Tidak semestinya perlu mulakan dengan squat. Ini adalah untuk mengelak badan menyesuaikan diri dengan latihan yang diberi.

6)  Rehat

Rehat adalah perkara yang amat penting untuk tumbesaran otot terutama otot kaki. Tak guna berlatih hari-hari tanpa rehat. Cukuplah sekadar latih kaki seminggu sekali dengan intensiti latihan yang betul atau boleh dipecahkan 1 hari melatih bahagian peha depan dan 1 hari melatih bahagian peha belakang.

7)  Hamstring
Nak kaki nampak besar, jangan lupa main hamstring. Kalau tengok orang yang lengan besar kebanyakkan mereka besar otot tricep berbanding bicep, kira otot bahagian bawah. Sama juga kaki, otot bawah ( hamstring ) yang patut lebih besar dari otot quads barulah kaki nampak besar dari tepi.

8)  Kardio
Jika anda seorang yang kurus. Kurangkan senaman kardio yang mana banyak menggunakan kaki. Menggunakan kaki terlalu banyak boleh menyebabkan kaki menjadi letih dan susah hendak membesar. Terlalu banyak juga menambah risiko terlebih latihan. Tapi bagi anda yang fat tinggi atau senang kira gemuk elok banyakkan main kardio coz cardio dapat meningkatkan kekuatan kaki anda semasa anda berjogging mengikut bodyweight anda.

9)  Regangan
Seperti otot lain juga, jangan lupa buat regangan selepas tamat latihan. Regangan akan melancarkan aliran darah ke kawasan itu. Apabila aliran lancar, nutrisi mudah disalurkan. Anda perlukan nutrisi yang cukup untuk pembesaran otot kaki anda.