Mengekalkan motivasi dalam diri merupakan perkara yang sangat sukar oleh kerana proses menurunkan berat badan bukan proses yang pendek jangka masanya, ia mengambil masa berbulan – bulan malah boleh mencecah setahun mahupun dua tahun bergantung kepada pelan diet dan target seseorang.

Maka untuk mengekalkan motivasi yang sama dalam diri bukan perkara senang kerana sepanjang tempoh itu pelbagai cubaan dan godaan sekeliling yang boleh membunuh diet dan motivasi kita semua.

Cara 1 : Membaca Kisah individu yang telah berjaya menurunkan berat badan

Kisah kejayaan individu menurunkan berat badan merupakan satu kisah yang sangat memberi motivasi dalam diri, kita akan berasa semangat dan mahu menjadi seperti mereka.

Cara 2 : Bertanya secara terus kepada orang yang berpengalaman

Ini adalah cara yang paling menarik, kita akan tertarik dan tergamam bila berjumpa secara berdepan dengan individu yang telah berjaya menrunkan berat badan. Mendengar pengalaman secara berdepan memang membuatkan kita berasa teruja dan dengki akan kejayaan individu tersebut, alangkah indah jika kita menjadi seperti mereka ini.

Maka, carilah peluang untuk berjumpa dengan golongan ini, saya percaya ada dikalangan kawan kita yang telah berjaya, maka peluang yang ada jangan sia – siakan, tuntutkah tips dari mereka sebanyaknya dan tanamkan perasaan dengki dan ingin berada sama dengan kejayaan mereka.

Cara 3: Sentiasa Menambah ilmu pengetahuan tentang Tips diet dan nutrisi

Untuk menurunkan berat badan ia bukan satu proses yang mudah dan ringkas, ia perlukan pengetahuan yang luas supaya kita sentiasa sihat dan tidak memudaratkan kesihatan diri.