Bahan Dalam Supplement Ini Akan Buat Anda Bertenaga!

Kalau anda nak tingkatkan tenaga untuk sesi workout anda, pilihan supplement preworkout yang baik akan membantu anda untuk menjalani sesi workout yang hebat! Supplement preworkout bertujuan untuk meningkatkan fokus anda semasa berlatih, mengurangkan rasa penat, dan juga meningkatkan tahap mood anda (maksudya rasa lebih bersemangat untuk workout)!

 

Apakah bahan yang membolehkan anda mencapai semua ini? Bahan tersebut ialah KAFEIN!

 

Salah satu kelebihan mengambil preworkout yang mempunyai kafein ialah anda akan berasa kurang sakit badan. Jadi, apabila anda sedang workout dan otot anda kurang berasa sakit, anda tak cepat give up semasa bersenam. Anda boleh buat lagi banyak rep, dan tingkatkan stimulasi hypertrophy.

 

Memang kajian ada dijalankan oleh Journal of Strength & Conditioning Research, di mana mereka mendapati atlit yang mengambil kafein sebelum workout mengalami sakit yang kurang berbanding yang tidak mengambil kafein!

 

Cumanya, satu sahaja kekurangan preworkout yang mempunyai kafein. Ia akan buat anda berjaga untuk masa yang lama! Susah untuk tidur, jadi jangan ambil dekat-dekat nak tidur. Sebab itu juga, kalau boleh elakkan workout lewat malam. Admin pernah guna preworkout untuk study, esoknya exam, Admin ambil jam 11 malam, tahan sampai 4-5 pagi study!

tesla-spark-pak-deefitness20-1701-30-deefitness20@10

Apakah preworkout yang Admin cadangkan anda ambil? Cubalah SPARK PAK daripada TESLA. Siapa yang pakai memang biasanya merasai kesannya hampir serta-merta dan workout mereka menjadi lebih hardcore!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook