Semalam di gym Admin berlatih, ada seorang yang hampir pitam. Admin nampak dia terhuyung- hayang, mujur Admin sempat tangkap daripada jatuh.

Kalau nampak mulut pucat dan mengadu pening-pening serta telinga berdengung, berkemungkinan besar dia nak pitam. Baringkan beliau dan tinggikan kaki supaya darah mudah mengalir ke kepala.

Ya, pucat bermaksud darah tak sampai ke otak. Ini berlaku akibat tekanan darah terlalu rendah. Seperti individu semalam, apabila digali punca, rupanya beliau menahan nafas semasa melakukan squat. Tak ada masalah kalau anda dah berpengalaman, masalahnya individu tersebut baru pertama kali masuk ke gym.

Teknik menahan nafas dipanggil valsava maneuvre dan teknik ini penting utk menjaga keselamatan struktur badan tetapi ia bukan untuk orang yang tidak berpengalaman. Sebeb inilah anda kena belajar teknik senaman yang betul.

Dalam valsava maneuvre, semasa anda tahan nafas, tekanan dalam badan meningkat menyebabkan saluran darah “tersepit” dan degupan jantunf berkurang. Apabila anda menghembus dan menarik nafas seperti biasa pula usai teknik tadi, tekanan darah akan menurun dan degupan jantung naik.

Tekanan rendah menyebabkan jatung kena bekerja lebih bagi mengepam darah ke seluruh badan. Bagi yang tak berpengalaman dan jantung belum kuat, itulah punca darah tak sampai ke otak. Tekanan darah menurun mendadak dan jantung tak dapat tampung kerja yang perlu dilakukannya.

Pernafasan sepatutnya begini, tarik semasa fasa eccentric (ikut graviti) dan hembus semasa fasa concentric (lawan graviti). Tahan nafas adalah apabila anda main berat dan badan sudah dibiasakan dengan keadaan tersebut.