Otot bahu dan otot biceps saling berkait. Biasanya, kalau anda latih biceps terutama sekali dengan barbell dan secara berdiri, otot bahu anda turut akan berkerja. Ini menjadikan bahu anda membesar sekali meskipun dalam latihan biceps. Apa maksudnya? Latihan yang anda buat tak betul-betul target biceps disebabkan form senaman anda kurang baik.

Macam mana nak atasi masalah ini? Mudah sahaja! Buat PREACHER CURL. Dengan melakukan senaman biceps di mesin ini, anda menghalang pergerakan bahu daripada mengambil alih, menjadikan fokus senaman terletak pada otot biceps!

Image result for preacher curl

Kalau anda rasa biceps anda tidak cukup besar untuk menandingi otot bahu anda, apa kata anda fokuskan senaman biceps dengan variasi PREACHER CURL?

Anda boleh lakukan dengan tangan menghadap ke atas seperti dalam gambar tersebut, ataupun buat dengan tangan menegak seperti hammer curl. Kalau anda nak fokus lebih, cuba buat mula-mula dengan sederhana berat 8-12 rep untuk 4 set, kemudian main ringan 10-15 rep untuk 4 set lagi.

Entri Oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)