BAKAR LEMAK: 4 KESALAHAN UNTUK DIELAK – PART 4
Bahagian terakhir untuk siri in. Adakah anda sudah lakukan semua cara untuk turun sehingga lean seperti ahli bina badan yang anda lihat di kaca telefon bimbit anda? Mungkin kesalahan terakhir ini yang mengganggu perjalanan anda.
4- Menggunakan Strategi Yang Sama
Ramai wanita mampu menurunkan peratusan lemak badan daripada 45% kepada 25% tanpa kesukaran yang banyak. Sama seperti laki untuk mencapai 15% daripada 25% atau lebih. Jika anda lakukan senaman dan mengawal pemakanan biasa-biasa pun boleh lagi dapat.
Selepas mencapai peratusan tersebut, biasanya perjalanan anda akan menjadi lebih banyak halangan. Lebih-lebih lagi jika anda ingin membina badan yang berisikan otot-otot yang tebal dan lawa. Tambah lagi kesukarannya untuk mengekalkan jisim otot anda sewaktu cutting.
Strategi dan cara yang anda gunakan pada proses awal kebarangkalian tidak dapat membawa anda ke level yang seterusnya, kerana lemak kita juga ada “perasaan” seperti pasangan kekasih atau suami isteri. Mula-mula bergaduh memang senang untuk berkelahi macam perang dunia. Makin lama tidak bercakap, makin rasa rindu dan susah nak lepaskan.
Nota: Pada pasangan yang sudah berkahwin, janganlah ego sewaktu anda rasa nak bergaduh dengan pasangan. Sentiasa memaafkan antara satu sama lain.
Sama dengan lemak, mulanya memang senang terbakar, tetapi apabila mencapai satu tahap, ia akan menjadi susah untuk mengurangkan peratusan lemak. Semakin rendah lemak di badan, semakin susah untuk menurunkannya. Terutama jika anda sudah masuk ke fasa 10% ke bawah! Untuk mendapat kondisi seperti mereka yang bertanding, anda perlukan 7-5% (mungkin lagi rendah) untuk mempunyai kondisi yang setanding! Tapi kondisi tersebut hanyalah untuk pertandingan, bukannya untuk maintain sepanjang tahun (bukannya sihat mengekalkan peratusan lemak begitu rendah sepanjang masa).
Lemak setiap individu berfikiran berbeza. Ada yang lebih banyak di perut, ada yang di dada, ada pula yang di belakang. Jadi, satu strategi yang membantu seseorang ini tidaklah dikatakan boleh jadi mujarab untuk orang lain juga. Tapi anda boleh gunakan konsep yang sama.
Dalam hal ini, ramai yang mengumpul lemak di bahagian perut (terutama di bahagian tepi) dan mereka telah lakukan pelbagai cara untuk menipiskan pinggang mereka (sampaikan beribu-ribu sit-ups sehari). Akhirnya, mereka mengalah. Pendek kata, apabila anda mula rasa hasil anda semakin plateau terutama di fasa peratusan lemak rendah, anda perlu tukar strategi dan jangan gunakan cara yang sama!
Sama ada anda experiment sendiri dengan badan anda, research dalam internet, atau minta sendiri bantuan daripada mereka yang lebih berpengalaman untuk share cara mereka lakukannya dan adaptasi supaya ia sesuai dengan badan anda.
Apa kata anda gunakan helah-helah ini untuk “menipu” badan anda supaya membakar lebih banyak lemak dengan meningkatkan sensitiviti kepada insulin:
A) Makan sumber protein dahulu sebelum memakan sumber karbohidrat.
B) Gunakan cuka, seperti apple cider vinegar dalam masakan dan diambil sebelum tidur.
C) Mula ambil supplement fish oil.
D) Cipta latihan dengan gerakan kompleks dengan kettlebell yang dilakukan ikut turutan tanpa henti, seperti; 6 reps OHP squats, 6 reps squat konvensional, 6 rep kettlebell swings, 6 rep bent-over rows, 6 rep romanian deadlifts.
Jadi, apa kata anda? Apa yang anda rasa sangat mengganggu dalam proses membakar lemak? Sharekan masalah anda dalam ruangan komen di bawah!