Bakar Lemak Tanpa Diet

Sebenarnya, apakah maksud diet? Biasanya, orang guna diet apabila mereka hendak menurunkan berat badan. Diet membawa maksud pemakanan, dan meskipun kita bukan sedang berada dalam apa-apa diet, pemakanan harian kita sendiri dipanggil diet. Kata lain, diet adalah pemakanan anda makan tiap hari. Cantik diet, cantiklah badan, buruk diet, menggelebehlah badan.

Okay, beralih kepada soalan kita berkaitan mereka yang hendak kurus tapi tak mahu diet. Adakah ini sasaran yang logik? Bolehkah kurus tanpa diet? Kita paham diet sebagai jaga makan, dan Admin guna definisi itu untuk entri ini. Nak jaga makan, orang kata kena makan dada ayam sahaja, tak boleh goreng-goreng, kena rebus, sayur banyak, dan macam-macam lagi. Ramai dah cuba diet begini, dan dapati mereka tak boleh tahan (sebab tak sedap).

Disebabkan tak sedap inilah mereka tak dapat nak teruskan dengan rutin diet tersebut. Lantas, mereka gagal mencapai sasaran mereka. Kalau boleh, mereka tetap nak kurus tapi tanpa rutin diet menyeksakan itu. Adakah ia boleh dilaksanakan? Jawapannya, boleh!

Anda sebenarnya boleh makan apa sahaja, tak kesah nak kurus mahupun nak besarkan badan. Yang anda kena belajar adalah berkaitan kalori harian kerana ikutkan konsep thermodynamics, badan manusia berfungsi ikut kalori. Selagi mana kalori yang anda makan kurang daripada keperluan badan, anda akan bakar lemak dan turun berat badan. Sebaliknya pula kalau anda nak bulking, makan lebih daripada keperluan maka anda akan membesar.

Tak faham lagi? Anda kena kira dahulu keperluan kalori harian anda, dan nilai ini boleh dicari melalui Encik Google. Admin nak kongsikan formula pun nanti anda susah nak kira, baik gunakan kalkulator yang siap di internet. Google sahaja calorie calculator kemudian kira.

Setelah mendapat nilai tersebut, anda kena tahu pula nilai kalori dalam setiap makanan yang anda hendak makan atau dah makan hari itu. Kira-kira dan tambahkan, pastikan nilai anda menepati keperluan anda untuk mencapai target. Dengan konsep ini, anda tak perlu risau nak makan yang tawar-tawar ataupun rebus-rebus sahaja, sebab anda masih boleh makan macam biasa. Kawal kuantiti kalori sahaja. Bukan susah, tapi perlukan disiplin!

Komen Facebook