Saya baru lepas baca satu artikel di laman web T-Nation, dan artikel tersebut memberikan satu tips berkaitan pembakaran lemak. Katanya anda boleh mengawal selera makan dengan melakukan tips mudah ini yang mengambil masa lebih kurang 20 saat sahaja.

Percaya atau tidak, membancuh protein menggunakan blender ada kelebihannya. Ia dapat membantu anda kawal selera makan sekaligus bakar lemak dengan lebih baik. Mula-mula saya tak percaya, tapi bila difikirkan ada betulnya.

Apa yang menyebabkan tips ini boleh menjadi berkesan? Kalau ada bancuh protein menggunakan blender dan anda menghidupkan blender dalam tempoh yang sedikit lama, makan lebih banyak udara yang bercampur dengan protein anda menyebabkan isipadu protien tersebut.

Dengan percampuran udara ini, isipadu yang meningkat, meminum protein tersebut akan menjadikan anda rasa lebih kenyang. Kalau dah kenyang, ada tak akan makan begitu banyak. Jadi kalau tengah diet, lagi senang nak jaga kalori dan lagi senang nak bakar lemak.

Mengikut artikel tersebut, memang ada kajian yang membuat ujikaji berkaitan ini. Dan, dapatan hasil kajian tersebut ialah kumpulan yang membancuh protein menggunakan blender berjaya turunkan berat badan lebih banyak daripada yang hanya menggoncang protein sahaja.

Tak pasti ia betul-betul ada kaitan dengan proses metabolisma badan ataupun sekadar kesan plasebo sahaja. Jika anda sedang diet, anda boleh cuba. Tak rugi apa-apa sebab anda tak mengenakan banyak tenaga pun.

Entri: Aiman Radzi