Kalau nak BACK besar, barbell rowing ini dikira salah satu senaman wajib kena buat! Back adalah satu kumpulan otot yang besar, terdiri daripada otot-otot seperti rear deltoid, trapezius, latissimus dorsi, erector spinae, dan macam-macam lagi. Rowing akan memberi kesan kepada semua otot ini, tetapi dengan mengubah-ubah arah tarikan barbell, anda boleh beri fokus pada otot tertentu!
1) Sentuh besi ke bahagian dada untuk fokus pada rear deltoid dan upper trap supaya menampakkan bahu lebih besar dan tinggi.
2) Sentuh bahagian/tengah perut untuk membina otot trap bahagian tengah. Kalau mahukan back tebal, fokus pada bahagian ini.
3) Sentuhkan besi dengan paras pusat untuk menebalkan dan melebarkan otot lat anda. Ini yang membesarkan “kepak” supaya anda nampak lebar! Anda boleh fokus satu hari untuk satu bahagian (atas/tengah/bawah) ataupun gabungkan sahaja, tukar-tukar posisi antara set untuk latih semua bahagian!
Info By Aiman Radzi