Anda lihat di sekeliling anda. Ada atau tidak bodybuilder yang telahpun berjaya. Besar, gagah, kuat, adalah ciri-ciri bodybuilder yang berjaya. Namun di sebalik kejayaannya anda harus tahu apa disiplin untuk mencapai tahap itu.

1. Mereka habiskan latihan dengan sempurna

Anda pernah dengar tentang program-hopping iaitu mereka yang sering melangkau plan sendiri. Plan asal yang dirancang tidak dihabiskan malah bertukar ke program yang lain tanpa apa-apa hasil. Bodybuilder yang berjaya mereka akan habiskan sehingga berhasil pada satu program kemudian baru bertukar ke program yang baru. Keperluan bertukar ke program baru juga tidak begitu digalakkan kerana anda patut mengekalkan kejayaan program lama dengan menambah sedikit perubahan sahaja.

Jadi tetapkan satu matlamat contohnya, nak capai bench press 110kg, deadlift 200kg atau lain-lain dan cuba habiskan sebaiknya sehingga berjaya. Itu dinamakan kejayaan sebenar.

2. Mereka hanya tambahkan perubahan kecil

Perkara ini ada kaitan dengan program hopping yang saya tekankan di point sebelum ini. Biasanya, program yang tidak mmpu anda lakukan atau bosan, anda tidak digalakkan menukar program namun melakukan perubahan kecil terhadap program itu. Sama juga jika anda telah berjaya menghabiskan seseuatu program.

Perubahan kecil ini termasuk lah sperti menambahkan reps, menambahkan set, menambahkan bilangan hari latihan, menukar posisi bar, menambah bebanan baharu. Dengan cara ini, otot anda akan mengadaptasi perubahan dan akan menjadikan otot anda kuat dan jitu.

3. Mereka ambil makanan yang berkualiti

Bagi saya disiplin pemakanan ini yang memberi perbezaan ketara antara anda dan bodybuilder yang berjaya. Tanyalah mana-mana orang yang berjaya perihal pemakanan mereka. Mereka sangat menjaga kualiti makanan di mana tidak ada alasan untuk mereka mengambil makanan-makanan yang jelas sihat. Berbanding kita yang banyak kantoi apabila menyebut tentang pemakanan. Dengan kenduri setiap minggu, rumah terbuka, masakan ibu yang tidak mampu menolak, makanan kunyah-kunyah yang tidak disedari, perkara inilah yang menjadi cabaran untuk anda namun tidak untuk mereka yang berjaya.