Berapa Banyak Protein Anda Kena Makan Sehari

Kalau sebut protein, apa yang terlintas dalam fikiran anda? Adakah ayam, ikan, daging, ataupun anda terfikir pasal protein powder dan supplement-supplement lain? Sebenarnya, dua-dua betul. Maksudnya, supplement bukannya benda ajaib. Dia sama sahaja, setaraf dengan ayam, ikan, daging, dan lain-lain. Jangan cakap hanya yang ambil supplement badan boleh jadi!

Tapi, itu bukan topik kita. Hari ini, kita nak tahu berapa banyak protein yang kita kena makan sehari. Ada yang ingat setiap orang sama, kena makan dalam satu-dua scoop protein powder setiap hari. Ini adalah konsep yang salah. Bina badan bukan tengok pada berapa scoop sehari, tetapi berapa gram protein sehari.

Secara Dasarnya…

Anda kena makan dalam 2-2.5g bagi setiap kilogram berat badan anda. Maksudnya, kalau berat badan anda 50kg, anda kena makan dalam 100-125g protein setiap hari. Jumlah protein ini termasuklah pengambilan ayam, ikan, daging, supplement, semuanya sekali.

Untuk satu scoop protein powder biasanya ada dalam 20-25g protein. Sama dengan seketul ayam. Sekarang, bayangkan anda makan sehari dua ketul ayam dan satu scoop protein, bersamaan dengan 75g protein sehari. Sedangkan, kalau berat anda 50kg, anda perlukan 100-125g protein! Mana cukup kalau anda ikut konsep sehari kena makan satu scoop atau dua scoop.

Okay, mungkin dua scoop cukup, tapi itu untuk berat badan 50kg. Kalau yang 70kg? Mereka perlukan lagi banyak. Apa yang saya nak cakap di sini ialah anda kena kira keperluan harian anda dan makan ikut yang itu. Barulah badan boleh menjadi.

Sekarang, cuba kira keperluan protein harian anda, dan kira juga biasanya sehari berapa ketul ayam anda makan dan berapa scoop protein anda ambil. Info, satu biji telur ada dalam 6g protein. Tengok, adakah pengambilan anda selama ini mencukupi atau tidak. Jika tidak, mungkin anda kena tambah satu-dua scoop protein powder lagi hari-hari.

Komen Facebook