Admin ada buat FB Ads tempoh hari untuk promosikan Superior Mass. Dalam masa itu, ramai yang PM Admin bertanya, berapa cepat badan boleh naik kalau ambil mass gainer ini? Memang ramai betul yang bertanya!
Admin kena terangkang yang supplement ino bukanlah ubat ajaib, makan-makan jadi besar dan sado. Tidak sama sekali! Ia hanyalah pelengkap kepada pemakanan anda. Untuk lebih mudah faham, cuba lihat susu di pasaraya, mass adalah seperti itu. Ia ialah sejenis makanan yang anda makan harian. Tidak ada formula terlalu istimewa untuk jadikan anda sado.
Jadi, apa guna mass kalau tak jadikan anda sado? Jangan salah faham. Mass tetap berguna bagi mereka yang susah nak masukkan kalori dengan banyak. Mereka yang mempunyai kesukaran untuk makan banyak atau tiada masa untuk memasak, mass ialah alternatif yang sangat baik untuk digunakan. Cepat lambat bergantung pada individu.
Setiap orang mempunyai tahap metabolisme berbeza-beza. Ada yang boleh naikkan badan 1-2kg sebulan, ada pula yang naik sampai 10kg sebulan. Ia bergantung juga pada senaman anda buat dan makanan harian anda makan. Nak cepat makan mesti banyak. Tapi cepat-cepat nak pergi mana? Ada harimau kejar ke?
Kenaikan optimum ialah 2kg setiap bulan. Naik lebih daripada itu hanya menyebabkan kenaikan lemak yang tinggi. Ada ramai kata tak apa naik lemak janji nampak berisi. Ini ialag persepsi yang tidak betul sebenarnya kerana kenaikan lemak tidak mendatangkan manfaat besar. Ands lebih berisiko untuk dapat penyakit dengan persepsi sebegini.
Bagi pengguna pertama kali, mereka lebih mudah untuk naik berat berbanding yang dah pakai lama. Tambah lagi jika mereka baru pertana kali nak mula bersenam buat badan, mendadak-dadak naik badan. Kerana apa? Otot mereka mendapat stimulasi baru dan ini menyebabkan mereka membesar dengan cepat (untuk 2-3 pertama). Selepas itu, jadi susah semula.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)