Berapa Kali Kena Gym Dalam Seminggu

Ada otai-otai kata kena pergi gym setiap hari dalam tiga jam setiap hari untuk dapatkan badan yang cantik. Adakah ini kenyataan yang benar? Sebenarnya, tidak! Anda tidak perlu pergi ke gym setiap hari.

Kalau anda tak perlu gym selalu, berapa kalikah minimum latihan anda kena buat dalam seminggu? Dan, berapa lama setiap sesi anda kena berlatih?

Begini, anda kena faham yang badan anda perlukan rehat untuk pulih dan membesar. Tetapi, rehat ini bukan bermaksud anda tidak perlu pergi ke gym. Yang perlukan rehat sebenarnya adalah otot yang anda latih dalam sesi latihan sebelum ini.

Sebagai contoh, kalau hari ini anda latih chest, bahagian tersebut yang perlukan rehat. Bahagian lain boleh dilatih seperti biasa. Sebab itu, ada otai kata kena pergi gym setiap hari, di mana setiap hari anda akan latih bahagian yang berbeza-beza dalam seminggu.

Tetapi, kalau tak dapat datang setiap hari, tak boleh buat badankah? Pun, salah juga pemikiran begini. Lagi-lagi kalau ada yang kata sejam di gym tidak mencukupi.

Minimum sesi latihan gym anda patut pergi adalah tiga kali seminggu dengan durasi 1 jam setiap sesi. Anda digalakkan untuk berlatih seluruh badan dalam satu sesi. Jadi, kalau dah latih satu badan, mesti ada banyak senaman kena buat, bukan? Tidak pun sebenarnya. Cukup dengan tiga yang utama, iaitu; squat, bench press, dan deadlift. Habis ketiga-tiga ini, anda boleh sambung dengan senaman lain yang anda rasa kurang dan patut buat. Tetapi, tiga itulah yang utama anda kena habiskan dahulu.

Kalau anda tak boleh nak dapatkan hasil daripada latihan tiga kali seminggu dengan durasi sejam setiap sesi, anda belum pandai susun latihan dan tak faham tentang konsep latihan yang berkesan.

Komen Facebook