Bulking adalah fasa untuk naikkan jisim otot, secara tak langsung berat badan anda juga akan naik. Oleh itu, anda perlu untuk makan banyak bagi merealisasikan hajat ini. Kalau anda tak naik juga berat, maksudnya anda belum makan banyak lagi!

Soalan yang selalu timbul adalah berkaitan berapa lama atau berapa kilogram patut anda naik semasa bulking? Anda kena ingat, bulking bertujuan untuk naikkan jisim otot, bukannya lemak. Jadi, tak guna anda naik mendadak atau naikkan berat cepat-cepat!

Untuk memastikan kenaikan lemak yang minimum, cuba sasarkan kenaikan berat badan sebanyak 0.5kg sahaja setiap minggu, dengan kenaikan 2kg untuk setiap bulan. Nampak sikit tetapi itulah hakikatnya. Nak cepat-cepat pergi mana? Kalau naik lemak nanti, anda sendiri keluarkan lagi modal nak cutting lama-lama.

Macam mana nak pastikan anda naik dalam 0.5kg sahaja seminggu?

Kira dahulu BMR anda berapa. Kemudian, daripada nilai BMR ini, tambahkan dalam 250-500kcal untuk dapatkan nilai DCR bagi fasa bulking anda. Sekarang, pastikan anda makan mengikut nilai ini. Kalau mampu clean bulking, maka teruskan begitu. Jika tidak, makanlah apa-apa dengan syarat anda mengikut nilai kalori ini.

Anda boleh gunakan mass semasa bulking, tetapi Admin suka gunakan whey dan campurkan dengan bahan-bahan Admin sendiri. Kemudian, semasa workout, Admin ambil BCAA untuk tingkatkan tenaga dan bantu percepatkan lagi pemulihan otot!

Nakkan banyak lagi tips dan informasi terkini dalam dunia fitness dan bina badan? Mahukan supplement-supplement terbaik untuk mempercepatkan pembinaan otot? Jangan risau, https://deegymsupplement.com ada jalan penyelesaiannya!

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)