Berapa Lama Kardio Untuk Bakar Lemak

Kardio seperti jogging adalah pilihan ramai apabila bercerita tentang pembakaran lemak. Meskipun ada pelbagai lagi contoh latihan kardio, jogging mendapat pilihan utama. Mungkin sebab ia paling mudah dilakukan?

Jogging ialah sejenis latihan aerobik kerana ia berdurasi panjang. Berbeza dengan kardio lain seperti berlari, berenang, dan apa-apa sahaja yang berdurasi pendek, jogging memerlukan oksigen sebagai bahan bakar.

Apabila ada dua sistem berlainan (aerobik dan anarobik), maka sumber tenaganya juga akan menjadi lain. Amnya, anarobik memfokuskan pada pembakaran glukosa dalam badan, manakala aerobik juga begitu tetapi apabila dilakukan dengan tempoh panjang, aerobik akan terus masuk ke tangki lemak untuk digunakan sebagai bahan bakar.

Berapa lama baru dapat bakar lemak? Ramai jogging sekejap-sekejap sahaja. Belum sempat masuk ke tangki lemak, dah habis berjogging. Rata-rata bersetuju anda perlu berkardio melebihi 40 minit untuk mula bakar lemak. Maksudnya, lepas 40 minit kardio, barulah anda mula membakar lemak. Kata kunci, baru mula. Jadi, kalori anda bakar tadi bukanlah lemak sebenarnya tetapi daripada glukosa dalam badan.

Sebab ini juga kita lihat ramai jogging sampai 2 jam (dan nampak kurus). Cuma, bukan semua orang mampu jogging 2 jam. Ini bukan soal mampu tak mampu secara fizikal, tetapi dari segi masa. 2 jam ialah masa yang lama. Mungkin anda ada kerja, keluarga, atau urusan yang perlu diselesaikan.

Disebabkan ini juga anda digalakkan untuk memasukkan latihan bebanan ke dalam rutin anda di samping terus mengamalkan latihan kardio. Cara ini akan memaksimumkan pembakaran lemak anda.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook