Orang baru selalu bertanya berapa lama masa kita perlukan untuk berlatih dalam gym. Mungkin mereka takut kalau latihan mereka tidak cukup ataupun terlalu lama sampai boleh menyebabkan over training.
Masa berlatih adalah sesuatu yang subjektif. Ia bergantung pada pengalaman dan juga tahap kondisi badan anda. Orang yang baru mula berlatih tidak perlu berlatih begitu lama, manakala otai-otai pula akan memerlukan masa yang lebih lama di dalam gym untuk mendapatkan isipadu latihan yang mencukupi.
Bayangkan begini, orang baru mula main sikit dah boleh rasa, kalau otai-otai main sama macam orang baru, memang tak merasalah.
Kemudian, apabila anda sudah berlatih lama, anda juga akan menjadi lebih kuat berbanding masa anda mula mula berlatih dahulu. Jadi, anda mampu mengangkat lebih berat daripada biasa. Mengangkat lebih berat turut bermaksud memerlukan rehat antara set yang lebih lama untuk mengembalikan tenaga anda. Sebab itu, otai-otai perlu berlatih dengan lebih lama sedikit berbanding orang baru.
Sebagai panduan mudah, sasarkan latihan anda dalam lingkungan 60 ke 90 minit. Letakkan sebentar telefon bimbit anda semasa workout dan fokus pada latihan. Barulah anda dapat tepati masa.
Jangan lupa untuk gunakan Stanabol X untuk memberikan anda tenaga semasa workout.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)