Berapa Rep Untuk Bina Otot Atau Kekuatan

Membina otot dan membina kekuatan adalah dua benda yang berbeza dalam dunia yang sama. Untuk membina otot, anda kenalah menjadi kuat. Begitu juga untuk menjadi, anda perlu membina otot.

 

Disebabkan dua benda ini adalah benda berbeza, maka latihan yang juga adalah berlainan. Soalan yang paling popular ditanyakan mengenai dua benda ini ialah berapa rep yang diperlukan untuk membina otot ataupun membina kekuatan.

 

Ia menjadi tanda tanya kepada ramai orang. Guru yang berbeza akan mengajar benda yang berbeza. Selagi mana asasnya ada, ia boleh diterima pakai.

 

Cuma, kita tidak digalakkan untuk menjadi pembaris. Maksudnya, mengikut bulat-bulat apa yang diberikan. Sebagai contoh, rata-rata mengatakan program latihan 5×5 adalah program terbaik untuk membina kekuatan. Maka, individu tersebut akan mengikutah program itu sampai bila-bila, hatta sehingga mencapai plateau. Dalam masa plateau juga, individu ini masih tidak mahu menukar gaya latihan kerana terlalu ikutkan syllabus.

 

Secara amnya, membina kekuatan memerlukan latihan menggunakan skema-rep yang rendah (5 repitisi ke bawah). Manakala, membina otot memerlukan latihan repitisi tinggi (melebihi 5).

 

Kenapa 5 repitisi? Rata-rata bersetuju ia adalah julat pertengahan untuk membina otot dan kekuatan. Anda boleh fokus kepada kekuatan dengan berlatih menggunakan skema-rep lebih rendah. Begitu pula dengan pengkhususan kepada latihan membina otot, gunakan skema-rep yang lebih tinggi.

 

Andaikan anda plateau, maka lakukan overhaul pada latihan anda. Maksudnya, Kalau sebelum ini anda menggunakan skema-rep rendah, ubah kepada skema-rep tinggi. Kalau anda guna skema-rep tinggi, guna yang rendah pula.

 

Jangan lupa untuk gunakan Creatine Monohydrate daripada jenama Superior14 yang boleh didapati daripada Dee Gym Supplement kerana ia sesuai digunakan untuk membina kekuatan dan membina otot

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook