Berapakah Senaman Perlu Buat Untuk Bulking?

Admin selalu dapat soalan ini berkaitan berapa jumlah senaman yang perlu dilakukan jika kita berada dalam fasa bulking, iaiti fasa untuk naikkan berat badan melalui kenaikan otot. Ramai keliru dengan senaman dan jumlah rep atau bebanan yang perlu digunakan.

Tujuan paling utama dan prioriti anda adalah untuk membina otot. Jika anda ingin fokus pada kekuatan semata-mata, maka entri ini bukanlah sesuai untuk anda. Kerana apa? Untuk membina otot dan beri fokus pada itu, anda perlu tekankan pada isipadu latihan. Dengan kata lain, banyak senaman, banyak rep, sederhana berat.

Berapa itu tepulang pada anda. Ada yang buat satu senaman sahaja sudah memadai, tetapi sampai 10 set. Ada yang buat 3-4 senaman dengan 3-4 set setiap senaman. Dalam pada itu, setiap set mewakili 8-12 rep, hatta ada yang buat sampai 25 rep.

Rule of thumb (peraturan) yang paling mudah untuk anda faham dan ikut ialah, anda kena buat sebanyak mungkin tetapi tidaklah sampai lunyai badan seteruk-teruknya. Buat banyak sampai esok rasa lenguh, tetapi bukanlah sakit sampai seminggu kena cuti daripada kerja. Lagi banyak variasi senaman, lagi bagus. Sasarkan setiap senaman dalam 8-12 rep untuk 3-4 set. Paling banyak Admin boleh cadangkan ialah 8 senaman dalam sehari. Itu paling banyak, paling kurang 5 senaman.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook