Berat Kekal Walaupun Ambil Mass

Kawan Admin mengalami masalah berat badan tak naik walaupun sudah ambil mass. Beliau dalam latihan kekuatan di bawah Admin, menggunakan program 5×5 dengan sedikit modifikasi.

Meskipun berat tak naik, anda tak perlu risau kalau anda dah capai beberapa perkara ini:

Anda Semakin Kuat

Ini adalah petunjuk paling jelas yang program anda sedang mendapat hasil. Kekuatan anda dalam senaman bertambah. Dengan kata lain, anda boleh angkat lebih berat, anda boleh bersenam lebih lama, atau anda boleh buat lagi banyak rep daripada biasa. Ini menandakan yang otot anda bertambah efficient.

Baju Semakin Ketat

Anda pakai baju dan mula ketat bahagian tangan dan dada. Mungkin seluar anda ketat bahagian peha tetapi longgar lagi di bahagian pinggang. Ini pula menunjukkan yang otot anda naik tetapi lemak sudah terbakar atau kekal rendah.

Anda Semakin Konsisten

Untuk konsisten pergi ke gym, ia mengambil kekuatan diri dari segi mental dan fizikal. Anda kena faham yang hasil daripada latihan gym bukan datang seminggu dua. Kemudian, apabila anda dapat hasil tersebut, ia tidak akan bertahan kalau anda tak teruskan latihan. Inilah hakikat yang anda kena hadam. Apabila anda dapat hadam, ia sebenarnya satu kejayaan.

Mass membantu anda untuk menaikkan berat dan membina otot. Walaupun begitu, perjalanannya bukanlah linear atau naik sekata. Ada kala lambat, ada kala cepat. Yang penting ialah konsisten.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook