Berat Otot Akan Berkurang Tak Kalau Sebulan Tak Pergi Gym Untuk Ramadhan?

Dalam kalangan kita, ada yang susah nak naikkan berat badan. Makan macam mana sekali pun, kalau dapat naik 1-2kg, memang menyeronokkan bagi mereka. Kemudian, mereka mula masuk ke gym dan berat mulai naik dengan baik. Sekali berehat seminggu, turun balik. Kenapa begini?

Satunya anda kena tahu, rehat seminggu daripada gym tak mendatangkan kesan buruk pada otot anda. Ada kala anda perlukan rehat tersebut untuk membesar. Lagipun, bukan begitu mudah untuk hilang otot.

Berat yang anda kurang sebab tak pergi ke gym biasanya bukanlah berst otot. Malah, boleh dijamin jisim otot tidak berkurang pun. Yang berkurang ialah kandungan air dalam otot tersebut.

Apabila kita bersenam dengan konsisten, maka otot kita lebih gemar menyimpan air untuk dijadikan sebagai medium pemprosesan tenaga. Otot kita juga menyimpan glikogen (gula) dan ia juga digunakan sebahagian daripada proses tenaga. Tatkala kita berehat seketika daripada gym, otot tak memerlukan kerahan tenaga begitu banyak. Lantas, mereka tak perlu simpan air dan glikogen banyak seperti sebelum ini.

Ini bukan petanda buruk. Ini ialah perkara yang normal. Sel otot tetap ada dan tak berkurang. Mengecil? Tidak sama sekali. Yang anda nampak besar semasa dan selepas workout ialah hasil pam, bukannya saiz sebenar. Pam bermaksud darah penuh dalam otot tersebut.

Jadi, selepas ini janganlah risau kalau berat turun sedikit kalau berehat gym 4-5 hari. Bukannya otot anda dah berkurangan. Lagipun, tiada siapa suruh anda timbang setiap hari.

Komen Facebook