Admin tak faham kenapa ramai suka workout dalam panas yang melampau. Cuaca tengah panas pun tak mahu buka kipas. Nasib baik dia buka tingkap, kalau itu pun tutup, gamaknya ramai boleh kena serangan strok haba.

Antara alasan ramai untuk tidak buka kipas adalah supaya anda berpeluh lebih banyak. Sama juga dengan yang suka bersauna dan berlatih memakai sweater. Lagi banyak peluh lagi bagus. Ini adalah fahaman yang salah, sebenarnya. Peluh tidak melambangkan anda sedang bakar lemak. Bakar kalori? Ya, tapi bukan bakar lemak? Tak semestinya.

Peluh adalah salah satu mekanisme badan untuk menyejukkan badan. Latihan akan meningkatkan suhu badan kerana peraliran darah yang rancak, tambah lagi dengan suhu suasana sekeliling. Jadi, badan keluarkan peluh supaya air peluh yang mengalir di kulit akan tersejat dan menyejukkan permukaan badan.

Andaikan peluh itu bermaksud anda membakar lemak, maka tak perlulah bersenam. Cukup dengan berjemur di tengah panas sahaja. Sauna juga tidak semestinya membakar lemak, tetapi ia memang membakar kalori. 30 minit dalam sauna boleh bakar beratus-ratus kalori kerana kesan berpeluh nak sejukkan badan. Tetapi, kalori yang terbakar datang daripada pelbagai sumber, prioritinya bukan dari lemak.

Workout dalam panas tidak mendatangkan sebarang kelebihan daripada workout dengan kipas terbuka. Tetapi, Admin tak kata anda wajib buka kipas atau pendingin hawa. Cuma ingat, apabila dalam gym dan ada yang buka kipas, jangan anda kecam dia atau pergi tutup balik.

Jangan lupa untuk gunakan supplement daripada Dee Gym Supplement untuk membina badan dan membakar lemak!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)