Pernah tak anda lihat iklan berkaitan jaket bakar lemak yang sesuai dipakai semasa bersenam untuk bakar lebih banyak lemak? Ia sudah menjadi trend sekarang. Apa sahaja yang dipromosikan sebagai jalan pintas akan mendapat perhatian rakyat. Soalnya, adakah jaket ini berfungsi seperti yang diiklankan?

 

Tak ada kelebihan ketara memakai jaket-jaket ini semasa bersenam. Lagi tak ada penambahan kesan kalau anda workout dengan jaket ini sambil menutup suis kipas. Katanya, panas berpeluh akan bakar lebih banyak lemak. Jika benar panas membakar lemak, jemur diri sahaja bawah matahari! Berkilo-kilo boleh terbakar.

 

Anda berpeluh kerana badan anda panas. Senaman mengeluarkan haba daripada badan, dan peluh berfungsi sebagai penyejuk badan. Silapnya, ramai ingat peluh bermaksud lemak sedang cair. Lalu, mereka ingin berpeluh lebih banyak sampai menyusahkan orang lain kerana anda tak mahu buka kipas.

 

Tahu atau tidak, kepanasan terlampau hanya menyebabkan anda kehilangan lagi banyak air? Dan ini boleh mendorong kepada dehidrasi yang tidak baik. Ada yang pitam kerana badan terlalu panas, dan lebih teruk, risiko strok haba turut meningkat.

 

Admin tidak menyuruh anda untuk workout di bawah pendingin hawa, tetapi Admin tak suruh anda berpanas-panas. Lakukan sesuatu dengan berilmu dan berstrategi. Lagi satu, jangan sakitkan hati orang lain hanya kerana anda nak berpeluh banyak. Pasang kipas tak menyebabkan lemak anda membeku.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)