Besarkan Triceps Dengan Senaman Ini

Triceps ialah otot di tangan anda yang berlawanan fungsi dengan biceps. Biasanya, orang fokus biceps sahaja. Tahukah anda, triceps mewakili 2/3 daripada saiz tangan?

Triceps dapat dibesarkan dengan melakukan senaman pressing seperti bench press, overhead press, dip, dan push up. Dari segi senaman isolation pula, triceps dapat diisolasikan dengan senaman yang melibatkan elbow extension (atau apa-apa yang meluruskan siku).

Antara senaman yang paling efektif dalam pembinaan triceps ialah skullcrusher. Senaman tersebut dipercayai otai-otai bina badan merupakan senaman yang sangat bagus untuk memaksa triceps membesar. Senaman ini boleh dilakukan secara flat, incline, dan decline tetapi semua berasa decline adalah variasi yang terbaik.

Anda boleh lakukan senaman tersebut menggunakan dumbbell, barbell, mesin kabel, dan juga kettlebell. Admin cadangkan anda guna kettlebell kerana bentuk bebanan tersebut dan juga variasi decline memberikan satu daya tarikan berbeza.

Lagi, apabila anda buat secara decline, anda mengurangkan pengaktifan otot bahu. Jadi, anda betul-betul hanya meletakkan fokus pada triceps. Baring sahaja pada kerusi decline dan buat 8-12 reps dan paling penting, tak perlu “lock” siku anda apabila meluruskan tangan.

Entri: Aiman Radzi

Komen Facebook