Selalunya, kita nampak orang lakukan cable flyes untuk isolasikan otot dada semasa latihan chest. Ada yang buat dari paras tinggi, paras dada, dan dari bawah. Untuk besarkan bahagian upper chest, kita diajar untuk lakukan low flyes. Memang boleh, tetapi ada satu lagi senaman anda boleh lakukan.
Supinated Cable Press
Anda tidak lakukan pergerakan fly, sebaliknya ia adalah pergerakan press, sama macam bench press cuma anda gunakan cable dan pegang secara tapak tangan ke atas. Apakah kelebihannya? Yang paling utama ialah anda dapat kurangkan tekanan pada sendi bahu.
Senaman ini akan memberi fokus pada bahagian upper chest. Ramai yang mempunyai masalah dengan bahagian ini. Bahagian chest lain terbina dengan baik tetapi bahagian upper chest tidak tebal. Ia tidak memberikan ilusi “pemisah” antara chest dan tulang selangka.
Lakukan 4 set 15 rep bagi senaman ini dan fokus untuk rasa bahagian upper chest berkerja dengan sendiri. Jangan guna terlalu berat kerana anda tak mahu gunakan momentum. Pastikan siku anda dimulakan di siai, tapak tangan ke atas, dan tolak ke hadapan melepasi paras dada. Ini akan lebih aktifkan upper chest.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)