Anda mempunyai BETIS yang DEGIL untuk membesar? Tak ada masalah sebab anda boleh amalkan tips ini!
Ramai daripada kita mengalami masalah yang sama. Ini berpunca daripada jenis otot betis dan stimulasi yang diberikan. Otot betis anda jenis ketahanan sebab digunakan sepanjang masa. Jadi, latihan anda perlulah berstrategik.
Laburkan 10 minit setiap hari lakukan senaman ini untuk naikkan 1 inci dalam SEBULAN! Kalau anda tak boleh luangkan 10 minit setiap hari, patutlah betis anda kecil.
Kalau anda nakkan tangan yang mantap, lihat ahli gimnastik. Tengok pula pada atlit lari pecut kalau anda inginkan hamstring terbaik. Bagi otot betis, tengok pada penari balet professional. Mereka mempunyai sepasang betis yang membuatkan abang gym pun tutup muka.
Mereka banyak melakukan bodyweight calf raise sahaja untuk beratus-ratus kali! Anda juga boleh, tanpa sebarang alat, guna berat badan sahaja. Sebab itu senaman ini boleh diamalkan di rumah sahaja.
Misi anda sekarang adalah untuk melakukan 100 rep calf raise SETIAP HARI. Peraturannya:
1- Tangan di sisi
2- Jangan berpaut untuk kestabilan
3- Lakukan dengan berkaki ayam
4- Kuncupkan otot betis di hujung pegerakan
5- 2 saat naik, 2 saat tahan, 2 saat turun
Satu rep sepatutnya mengambil masa 6 saat (2/2/2) untuk memastikan rep itu berkualiti. Lakukan 100 rep dan ia hanya akan ambil masa 10 minit sehari.
Selepas sebulan, tambahkan dengan bebanan ringan jika perlu. Buat teknik ini setiap hari, tidak kira di gym atau di rumah.
Kenapa 100 rep? Salah satu otot betis bernama soleus, dan otot ini terdiri daripada 88% gentian otot sentak-perlahan. Jenis ini memerlukan rep tinggi, kerana ia adalah jenis “ketahanan”. Jadi, teknik begini sangat sesuai untuk menstimulasi hipertrophy.
Entri: Aiman Radzi