Ramai yang keliru apabila melihat tubuh yang sasa dan besar. Pasti akan menganggap mereka makan dengan banyak dan saiz hidangan yang besar. Saiz hidangan yang besar tidak menjamin seseorang itu besar. Iihat sahaja orang yang kurus yang boleh menghabiskan berpinggan-pinggan nasi. Namun badannya masih statik begitu. Sebenarnya ia bergantung pada tumbesaran dan struktur badan masing-masing.
Setiap orang mempunyai limit untuk makan dihadam dalam badan. Sebagai contoh orang yang beratnya 60kg mungkin hanya mampu menerima 300kalori dalam satu masa. Selebihnya pasti tidak akan dapat dihadam.
Jadi, untuk yang ingin menambah berat dan menjadi besar, anda perlu menggandakan kekerapan waktu makan sehingga 6-8 kali dengan saiz hidangan yang kecil. Ini akan membuatkan proses pembinaan badan dapat dinaikkan dengan teratur dan baik tanpa masalah penghadaman.
Berbanding dengn yang mengambil hidangan yang besar sebanyak 2-3 kali, mereka hanya akan meningkat lemak dan bukan otot. Jadi untuk menaikkan badan dengan ideal dan solid anda perlu meminimakan saiz hidangan dan menambahkan kekerapan makanan dengan syarat makanan itu haruslah seimbang bukannya makanan segera.
Jadi, kenyataan di atas adalah suatu kenyataan yang salah sebaliknya makan besar adalah untuk angkat bebanan besar kerana apabila kalori banyak diambil, anda mampu untuk mengangkat bebanan yang berat.
Entri Oleh: Fakhrul Islam