Sering sekali Admin dengar ramai salahkan penggunaan mass kerana anda menjadi buncit. Lalu, mereka pun berubah-ubah jenis mass untuk mencari yang terbaik dalam menaikkan jisim otot.
Betul, memang ada sesetengah mass senang menjadikan anda buncit kerana kandungannya yang kurang berkualiti. Tetapi, jenis mass bukanlah faktor utama kebuncitan. Sebaliknya, yang menjadikan anda buncit ialah keterlebihan kalori daripada keperluan. Sebab itu juga, bukannya ambil mass ikut suka (2-4 scoop sehari). Ambil supplement mengikut keperluan badan.
Kalau anda perlukan lagi 600 kalori, maka ambil 600 kalori sahaja. Jika anda ambil Hyperbolic Mass, ia sama dengan separuh hidangan mass tersebut (2 scoop). Kalau anda ikut juga sampai 4 scoop, maka itulah yang mendorong kepada buncit (naik lemak).
Oleh itu, kira keperluan anda dan rancang penggunaan supplement. Mass terbaik sekarang ialah Hyperbolic Mass daripada USN!