Mana nak fokus kepada latihan membina kekuatan, ulangan yang anda buat haruslah secara pergerakan penuh. Maksudnya anda kena turunkan sampai ke dada dan tolak sehingga siku anda lurus. Itu adalah untuk senaman bench press, sama juga dengan senaman isolation anda kena buat dalam pergerakan penuh.
Itu adalah untuk latihan membina kekuatan. bagaimana kalau anda nak fokus kepada latihan membesarkan otot dada? Dengan kata lain latihan bina badan ataupun latihan hypertrophy. Cara latihan yang perlu diubah suai sedikit.
Bodybuilder tahu kepentingan mengekalkan tension dalam otot mereka. Mereka akan mencuba untuk sentiasa meningkatkan tension semasa senaman dilakukan. Ada satu teknik yang mereka gunakan di mana mereka tidak akan aplikasikan julat pergerakan penuh dalam senaman mereka.
Tension berterusan bermaksud sebarang set yang dilakukan secara lancar tanpa lantunan, tanpa penggunaan momentum, dan tanpa berhenti di penghujung setiap ulangan. Secara karakteristiknya, tension berterusan boleh diaplikasikan melalui cara melakukan setiap ulangan secara perlahan-lahan.
Anda boleh bayangkan senaman bench press. Untuk mengekalkan tension di dalam otot dan melakukan teknik tension berterusan, tolak bebanan seperti biasa tetapi jangan sampai siku betul-betul lurus. tanpa berhenti juga pada waktu itu teruskan untuk menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.
Jika anda terasa bebanan yang anda gunakan terlalu ringan, ambil masa 3 hingga 5 saat untuk turunkan bebanan kembali menyentuh dada anda. Cara ini memberikan lebih tension pada fasa eksentrik, iaitu satu fasa yang sangat penting untuk pembinaan otot. Sintesis protein dapat ditingkatkan melalui penekanan pada fasa eksentrik.
Jika anda ada partner workout, anda boleh guna bebanan yang lebih berat untuk fokus kepada fasa eksentrik dan minta tolong pada rakan anda untuk mengangkatnya kembali ke posisi asal. Dengan kata lain, anda boleh gunakan bebanan yang lebih berat dalam keadaan terkawal untuk fasa eksentrik berbanding concentric. Masih tak faham? Mungkin anda tak boleh tolak bebanan yang berat tetapi anda boleh turunkannya secara perlahan-lahan.
Entri: Aiman Radzi
@DeeGymSupplement #DeeFitness