Beza Senaman Dan Sukan

Senaman adalah berbeza dengan sukan. Yang anda kata pergi bersukan (seperti futsal, badminton) sebenarnya bukanlah bersenam. Sukan melibatkan perlawanan dua pihak. Senaman pula ialah pergerakan teratur dengan matlamat.

Cuba lihat futsal, adakah pergerakannya terancang? Pasti tidak kerana anda sekejap berlari ke sana, kemudian ke sini. Anda tak tahu bola akan berada di mana. Jadi, anda perlu tangkas.

Senaman, anda merancang dahulu rutin anda. Setiap senaman dilakukan adalah bermatlamat. Situasi terkawal ini berbeza dengan sukan, bukan? Apabila anda bersukan, anda tak dapat kawal sepenuhnya pergerakan sekeliling. Ini meningkatkan risiko kecederaan.

Admin tak kata senaman tak mendatangkan kecederaan, tetapi risikonya minimum. Bagi yang tidak fit pula, risiko kecederaan adalah lebih tinggi jika mereka bersukan lasak.

Kata-kata “bersukan untuk jadi fit” sebenarnya salah. Anda kena bersenam untuk jadi fit, dan apabila sudah fit, barulah sesuai untuk bersukan.

Oleh yang demikian, anda perlulah bersenam dengan konsisten. Dapatkan khidmat jurulatih untuk membantu anda dalam merangka program latihan.

Fitness mempunyai banyak komponen. Antaranya:

  • Flexibility
  • Muscle strength
  • Muscle endurance
  • Agility
  • Balance
  • Coordination
  • Body composition
  • Cardiovascular

Anda tak boleh tengok pada penimbang berat sahaja. Lebih menyedihkan, anda bergantung harap pada BMI sahaja. Walhal, komponen fitness ada banyak. Misi anda adalah untuk membina badan seimbang. Oleh itu, program latihan anda juga haruslah menuju ke arah itu.

Anda boleh fokus pada 4 komponen utama dalam latihan anda:

  • Muscle strength
  • Muscle endurance
  • Flexibility
  • Cardiovascular

Ini adalah komponen fitness asas dan umum, bukan sekadar untuk ahli sukan. Tingkatkan yang ini, dan anda akan nampak perubahan pada komponen besar seterusnya iaitu body composition.

Jadi fit untuk bersukan, bukannya bersukan untuk fit. Tetapi, kalau tak fit, memang tak boleh bersukan ke? Taklah sampai begitu sekali. Ringan-ringan boleh, tetapi sentiasa jadikan fitness sebagai prioriti.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook