Biar Lemak Anda Menangis Dengan Senaman Padu Ini!

Kalau anda sedang berada dalam fasa di mana anda nak bakar lemak secara intensif, Admin nak kongsi dengan para pembaca satu senaman yang boleh dilakukan untuk mencairkan lemak anda dengan pantas!

 

Ia adalah senaman kaki, sebenarnya. Cuma, dilakukan secara durasi panjang. Berkemungkinan besar, anda akan berasa sakit kaki yang teramat esoknya, mungkin tidak. Kalau anda amalkan seminggu sekali, anda akan dapat nampak perubahan yang signifikan pada badan anda.

Image result for lunges

Senaman yang Admin maksudkan ialah senaman lunges! Tetapi, anda tak akan lakukannya secara setempat. Anda akan buat lunges secara melangkah ke hadapan. Berapa rep? Kita tak kira pakai rep, tetapi kita kira pakai jarak. Kalau anda dapat buat lunges di trek, lagi baik. Jika tidak, pergi ke taman rekreasi pilihan anda, dan lunges sepanjang laluan jogging! Kalau terlalu jauh, anda boleh buat sikit-sikit.

 

Mungkin minggu ini buat 100m untuk 3 set, minggu depan buat 200m x 4 set, buat sampai anda boleh lunges 400m. Berapa set nak buat 400m? Jangan pikir itu dulu, fokus untuk usaha sampai boleh lunges 400m tanpa rasa nak termuntah. Apabila anda dah sampai tahap itu, tengok badan anda. Kemudian, baru anda fikir nak buat 400m untuk beberapa set. Cukup mudah, tapi sangat payah. Ia turut membina otot kaki anda, sebab itu rasa sakit kaki adalah kepastian yang tak boleh dielakkan!

 

Jangan lupa untuk minum whey Iso Pro Zero daripada Superior14 yang boleh didapati daripada Dee Gym Supplement sekarang!

Komen Facebook