Dulu, saya fikir kardio ini perkara yang remeh. Yang penting bagi saya, adalah kebolehan untuk mengangkat bebanan yang berat. Orang lain akan rasa teruja. Sekarang, saya tidak percaya lagi begitu kerana kardio juga penting. Anda berlatih bukan untuk dapat pujian orang, tetapi untuk kesihatan diri sendiri.
Bukan semua orang suka melakukan kardio. Ada yang mampu angkat beratus-ratus kilo, dan sanggup angkat lagi ratusan kilo, tapi tak suka langsung untuk berjogging walaupun 400m. Ada pula yang boleh berlari sampai 21km, tetapi untuk bench press separuh berat badan sendiri pun perit!
Apa-apa sekali pun, kardio adalah senjata hebat untuk mengkondisikan badan dan membakar lemak. Kardio boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu secara low-steady state ataupun high-intensity. Secara mudahnya, low-steady state adalah kardio yang mudah seperti berjogging, dan high-intensity adalah seperti berlari (ataupun latihan-latihan HIIT lain dan Freeletics).
Mari kita lihat beberapa perkara yang patut dan tidak patut anda buat bagi jenis-jenis kardio tersebut;
Low-Steady State
2. Jangan buat kardio jenis ini kalau anda sentiasa penat dan tidak berdaya untuk bersenam tetapi jangan pula gunakan alasan penat anda untuk tidak bersenam langsung. Kalau boleh, hadkan latihan kardio low-steady state sebanyak 2 kali sahaja maksimum seminggu (dengan maksimum 60 minit setiap sesi latihan).
High Intensity
2. Jangan terus mulakan dengan intensiti maksimum. Sebaliknya, mula perlahan-lahan dan tingkatkan intensiti latihan sedikit demi sedikit. HIIT memang latihan yang bagus tetapi ia sangat mencabar. Ramaivyang sudah tercedera kerana melebihi kemampuan mereka.
3. Hanya lakukan kardio berintensiti tinggi maksimum 3 kali seminggu dengan durasi 20-30 minit sahaja setiap sesi. Terlalu banyak dan lama boleh menyebabkan anda overtraining dan ini boleh menghalang anda daripada proses recovery yang memberansangkan.
Mudahnya, anda kena gabungkan kedua-dua jenis kardio ini untuk mendapatkan hasil yang maksimum samada untuk membina otot mahupun membakar lemak. Jangan menganaktirikan salah satu, dan jangan pula tidak bersenam langsung.
@Deegymsupplement #DeeFitness