BCAA adalah sejenis protein yang cukup versatile. Ia digunakan sebagai ejen pemulihan, pemberian tenaga, dan ejen mengekalkan jisim otot semasa cuting. BCAA turut boleh didapati dalam whey, ataupun dalam sumber-sumber protein lain.

 

Ada yang mesej Admin tanya, bilakah masa yang sesuai untuk makan BCAA? Kalau ia versatile dari segi fungsi, ia juga fleksibel dari segi masa penggunaan. BCAA sesuai dimakan pada semua masa! Malah, kalau anda ada bajet lebih, gunakan dalam 3 skop sehari pun bagus. Jika tidak, 1 skop pun sudah memadai.

 

Bila nak ambil dosage BCAA tersebut? Seperti yang dinyatakan, BCAA sesuai diambil bila-bila masa sahaja. Tetapi, kalau anda nak rasa power untuk workout, ambil sebelum dan semasa. Untuk membantu pemulihan dan pembinaan otot, ambil selepas workout. Untuk mengekalkan jisim otot sepanjang anda workout, bancuh awal pagi dan minum sepanjang hari, di tempat kerja, di tempat belajar, dalam kereta, dan lain-lain.

 

BCAA amat sesuai bagi mereka yang dah mendapatkan kalori yang secukupnya untuk hari itu dan mahukan lebih protein tanpa kalori tinggi.  Biasanya, kalau orang nak cutting, inilah supplement utama yang Admin sarankan.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)