Dalam group WhatsApp yang Admin join, ada yang kemukakan soalan berkaitan superset. Beliau bertanya superset elok dilakukan pada masa bila? Untuk bulking ataupun untuk cutting.

Untuk menjawab soalan itu, anda kena tahu matlamat workout anda. Adakah anda mahu bakar lemak ataupun bina saiz otot? Kerana, daripada situ, anda boleh ubah suai superset mengikut matlamat anda.

Ya, superset sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa, untuk bulking mahupun cutting. Sama sahaja dengan set-set yang lain seperti dropset, giant set, tri set, cluster set, dan lain-lain. Semuanya sesuai dilakukan untuk bulking dan cutting. Yang membezakan mereka adalah bebanan yang anda gunakan dan tempoh rehat antara set.

Sebagai contoh, kalau anda nak fokus sizing, mungkin anda boleh superset senaman compound yang heavy dengan senaman isolation yang ringan. Untuk bakar lemak pula, anda boleh superset cara yang sama, atau superset senaman bebanan dengan senaman bodyweight.

Cara set yang anda lakukan tak seberapa penting selagi mana anda mengikut konsep asas bina badan, iaitu specifity, overload, dan progression. Ada lagi dua konsep (reversibility dan adaptability) yang perlu anda tahu, tetapi cukuplah sekarang dengan memahami yang kalau anda nak bina badan, anda kena jadi makin kuat. Tak kesah guna superset ataupun tidak.

Sebagai cadangan, Admin sarankan anda buat superset senaman yang berlawanan. Contohnya, kalau anda latih biceps, buat superset dengan triceps. Sama pula dengan chest, superset sekali dengan back.