Back ialah bahagian yang sangat complex. Lapisan otot sahaja ada 4 lapis! Jadi, otot di bahagian belakang kita memang banyak. Kalau anda dapat latih setiap otot, back anda memang akan nampak menarik.
Ada satu senaman yang jarang orang buat tetapi sebenarnya mendatangkan banyak kesan bagus dalam pembinaan otot dan kekuatan. Senaman ini merupakan variasi kepada barbell row, dikenali sebagai Pendlay’s row.
Beza antara row biasa dengan yang ini ialah:
- Anda akan guna lebih berat
- Anda akan fokus pada bahagian konsentrik
Konsentrik bermaksud menarik atau menolak melawan graviti. Dalam rowing biasa, anda akan turunkan bebanan perlahan-lahan manakala dalam Pendlay’s row pula, anda akan lepaskan sahaja barbell jatuh ke lantai setiap rep, lantas menjadikannya senaman yang fokus pada bahagian konsentrik sahaja.
Tarik ssekuat hati kemudian lepaskan. Dengar mudah, bukan? Buat dahulu. Setiap rep bermula dengan barbell berada di lantai. Berbeza dengan rowing biasa, anda kena pegang barbell dan “apung”kan barbell pada paras lutut.
Pendlay’s row sesuai dilakukan secara sikit rep tetapi banyak set. Buat samada 5×5, 3×3, atau 1×5. Lakukan senaman ini di awal-awal workout anda juga.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)