Admin baru selesai latihan bahu tadi, dalam masa yang sama Admin naikkan LIVE di Facebook Admin sendiri. Ada penonton bertanyakan tips untuk membina bahu yang lebih bulat.
Meskipun Admin tidak memenuhi kriteria bahu bulat, tetapi asasnya tak lari. Admin kongsikan caranya:
1- Bina Kekuatan Pressing
Anda tengok yang mempunyai bahu mantap, semua bahu bulat-bulat dan kuat. Mereka boleh pressing dengan berat.
2- Banyakkan Lateral Raise
Ini senaman paling biasa dilakukan untuk membina kebulatan bahu. Anda boleh guna mesin, dumbbell, ataupun kabel.
3- Jangan Tinggal Bahu Belakang
Bahu kita ada tiga bahagian iaitu depan, tepi, dan belakang. Jangan tinggalkan mana-mana pun!
Senaman yang anda kena utamakan dalam membina bahu yang bulat ialah:
Overhead Press
Rep: 6-12
Set: 3-6
Lateral Raise
Rep: 10-25
Set: 3-5
Facepull
Rep: 10-25
Set: 3-5
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)