Bina Bahu Lebih Lebar Dengan Set Ini!

Bahu yang lebar adalah pelengkap kepada bentuk badan yang mantap. Ramai ada dada yang besar, tangan yang besar, back yang besar, tapi tak semua boleh buat bahu yang lebar. Otot yang anda perlu sasarkan adalah otot bahu bahagian tengah (turut dikenali sebagai middle deltoid).

 

Apa kata anda guna tenik ini bersama senaman SEATED LATERAL RAISE untuk mengapi-apikan lagi otot anda!

 

Laddered Set

Saya yakin, ramai pernah buat seated lateral raise untuk latihan bahu mereka. Tak duduk pun, mesti mereka pernah buat secara berdiri. Admin galakkan anda buat sebelah-sebelah tangan untuk memberikan fokus pada otot dan mengurangkan hayunan badan. Lagi satu, senaman ini tidak memerlukan kepada bebanan yang berat. Cukup menggunakan 2.5-5kg sahaja untuk teknik ini!

 

Macam mana nak buat laddered set? Macam ini, ambil 2 biji dumbbell 5kg dan cari bangku untuk duduk. Dengan postur badan tegak, luruskan kedua-dua tangan ke tepi. Tengok gambar di bawah.

seated-dumbbell-lateral-raise-2-2

Kemudian, dalam posisi tersebut, turunkan tangan kanan sahaja ke bawah dengan mengekalkan kedudukan tangan kiri. Angkat semula tangan kanan supaya lurus, maka itu adalah 1 rep. Buat sampai 5 rep dan kekalkan pula tangan kanan untuk buat 5 rep dengan tangan kiri.

4545

Habis 5 rep, jangan turunkan lagi! Dalam keadaan kedua-dua tangan lurus, turunkan semula tangan kanan dan buat 4 rep, ulang dengan tangan kiri. Dah habis, ulang semula dengan 3 rep, kemudian 2 rep, dan 1 rep. Kalau dah habis 1 rep, jangan turun lagi sekali. Luruskan kedua-dua tangan ke tepi dan tahan dalam keadaan lurus seberapa lama anda mampu. Dah tak mampu, turunkan tangan dan tepuk tangan sebab anda baru habis 1 set. Cuba buat sekurang-kurangnya 3 set dengan rest kurang 60 saat antara set. Selamat mencuba!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook