Kalau betis anda susah nak besar, tiba masa anda berlatih dengan intensiti yang lebih tinggi! Buat cara ini untuk senaman calf raises menggunakan mesin seated calf raise (duduk) untuk mensasarkan otot soleus anda.

 

Tahukah anda yang otot soleus mewakili 60% daripada saiz betis? Kalau anda besarkan bahagian ini, semestinya saiz betis anda akan meningkat secara drastik! Ramai rasa susah nak besarkan otot betis sebab mereka berlatih secara berdiri sahaja dan ini hanya mensasarkan otot gastrocnemius.

 

Latihan 4 Minit

Otot soleus perlukan latihan yang menggunakan skema-rep tinggi. Maksudnya, anda kena buat banyak rep. Untuk latihan ini, anda kena buat 75-100 rep menggunakan bebanan yang anda hanya boleh buat 20 rep sahaja.

f50fa01ef42416b9426ed4052da6bf57

Macam mana nak habiskan 100 rep kalau anda hanya boleh buat 20 rep? Mudah, anda gunakan teknik cluster set, iaitu rehat seketika sahaja selepas 15-20 rep (dalam 10-20 saat) dan terus sambung semula. Tak semestinya 15-20 rep, kalau anda dah tak mampu nak buat 10 rep, rehat sahaja lagi dan ulang. Buat sampai cecah 75-100 rep!

 

Buat teknik latihan betis ini setiap kali leg day. Sasaran anda adalah begini:

  1. Leg day 1: 75 rep
  2. Leg day 2: 80 rep
  3. Leg day 3: 85 rep
  4. Leg day 4: 90 rep
  5. Leg day 5: 95 rep
  6. Leg day 6: 100 rep

 

Dah habis 6 sesi leg day, ukur semula betis anda. Saya jamin akan ada perubahan!

 

Diolah daripada: https://www.bodybuilding.com/fun/sit-down-to-grow-4-min-calf-workout.html