Bina Biceps Tanpa Perlu Buat Senaman Biceps

Arm day bermaksud anda dedikasikan satu hari khas untuk latihan biceps, triceps, dan mungkin sekali bahagian forearm. Pengkhususan sebegini bagus kalau anda dah berpengalaman banyak dan perlukan stimulasi lebih untuk membina otot tangan yang lebih besar.

Tetapi, jika anda masih baru dengan latihan dan kekuatan anda pun berkadar sahaja, anda tak perlukan arm day untuk membesarkan tangan. Sebaliknya, fokus anda adalah pada chest dan back day sahaja. Percaya atau tidak, anda boleh besarkan tangan anda hanya dengan melakukan senaman untuk chest dan back?

Dalam senaman chest, anda akan gunakan otot dada, bahu, dan juga triceps. Manakala, back akan merekrut otot belakang, otot bahu juga, dan otot biceps sekali. Daripada anda fokus untuk angkat lebih berat dalam senaman biceps curl dan triceps extension, lebih baik anda fokus untuk angkat lebih berat dalam bench press dan barbell row.

Itu silapnya orang yang baru mulakan latihan gym. Mereka banyak fokus pada latihan arm sahaja, walhal latihan compound yang lebih besar melibatkan chest dan back mampu membina saiz dengan lebih cepat dan berkesan!

Jika anda mahu fokuskan lebih sedikit pada bahagian tangan, anda masih boleh lakukan senaman compound barbell bench press dan barbell row, tetapi modify sedikit. Untuk merangsang lebih triceps, rapatkan grip anda sedikit semasa buat bench press (elok bagi selari tangan dengan bahu dalam satu garisan lurus). Untuk biceps pula, pegang barbell secara underhand (tapak tangan menghala ke hadapan) untuk rowing supaya anda guna lebih biceps.

Senaman compound lain yang patut diutamakan adalah seperti dip, overhead press, chin up, inverted row, dan macam-macam lagi. Semua ini jauh lebih baik bagi yang baru mulakan latihan untuk fokus sizing. Jangan fikir arm day sahaja, fikir dengan lebih meluas.

Komen Facebook