Kalau anda tengok pertandingan Strongman, semua acara mereka memerlukan grip strength yang cukup kuat! Sebab apa? Tengoklah, nak angkat batu, nak angkat tayar, tarik lori lagi, macam-macamlah. Sebab itu, banyak Strongman ada forearm macam batu!

 

Teknik dia mudah sahaja nak kuatkan forearm dan bina size yang besar. Macam mana? Berlatih menggunakan equipment yang besar-besar. Kalau tak ada equipment besar, macam mana? Haa, Admin sharekan caranya!

 

Fat Gripz

thumb-3

Tak semua gym ada fat bar, tetapi anda boleh beli sendiri fat gripz untuk diletakkan pada barbell, dumbbell, dan mesin-mesin lain. Ia akan menebalkan tempat pemegang dan anda terpaksa genggam lebih kuat! Cuba konsisten guna alat ini dan anda akan lihat perubahan yang memang ketara.

 

Kalau tak mampu nak beli, macam mana pula? Mestilah anda boleh DIY sendiri!

 

DIY Fat Gripz

618RPSZrEzL._SL1100_

Ada macam-macam cara orang reka fat gripz mereka sendiri. Yang paling mudah adalah menggunakan rubber hose yang macam digunakan pada alat pendingin hawa. Potong sahaja dalam beberapa inci untuk sebelah tangan. Kalau rasa nipis, gamkan beberapa lapis. Admin cadang anda gamkan 2-3 lapisan, mungkin kena guna beberapa saiz berbeza untuk cantikkan rekaan anda. Jangan lupa untuk buat potongan untuk diselitkan pada barbell. Kekurangannya adalah ia cepat menipis dan anda kena tambah semula lapisan. Jadi, gunakan sampai nipis dan tambah banyak-banyak lapisan sampai ia tebal. Modal beberapa ringgit sahaja.