Macam mana anda nak bina otot? Mudah, lakuan sesuatu senaman dan ulang sehingga anda menjadi kuat. Dan, untuk menjadi kuat, anda kena main berat-berat.
Apakah teknik yang paling mudah untuk digunakan dalam proses untuk menjadi kuat dan membina otot? Gunakan teknik 3 rep ini sahaja! Ia mudah diaplikasikan pada bila-bila masa dalam latihan anda. Cuba amalkan teknik ini untuk 8 minggu dan lihat perubahan anda.
Cara Perlaksanaan
Teknik ini hanyalah sesuai digunakan untuk senaman kompaun sahaja. Admin cadangkan anda guna teknik ini untuk senaman squat, bench press, dan deadlift. Pilih satu sahaja senaman untuk hari latihan tersebut. Seperti hari untuk chest, guna teknik ini bersama senaman bench press sahaja.
Mulakan dengan sesi pemanasan badan seperti biasa. Anda digalakkan untuk memanaskan badan dengan melakukan senaman yang anda hendak buat, tetapi secara ringan sahaja. Selesai pemanasan badan, naikkan berat sikit-sikit sampai anda hanya mampu buat 5 rep guna beban tersebut. Kemudian, rehat sebentar dan kekal dengan beban tersebut.
Anda akan lakukan 3 rep menggunakan beban yang tadi selama 10 minit. Maksudnya, satu set anda adalah 3 rep, dan anda akan buat seberapa banyak set yang anda mampu dalam masa 10 minit itu. Rehat antara set adalah bergantung pada anda. Boleh jadi 5 saat, boleh jadi 10 saat, boleh juga 1 minit, boleh jadi 5 minit.
Sasaran ada adalah untuk melakukan lebih banyak set dari semasa ke semasa. Jadi, untuk melakukan banyak set, rehat antara set anda perlulah kurang. Ini adalah teknik yang sangat mudah tetapi sangat berkesan untuk membina kekuatan dan bina otot. Kekalkan bebanan tersebut untuk 8 minggu dan lihat pada hujung program nanti, berapa banyak set yang anda berjaya habiskan. Adakah anda mempunyai peningkatan yang sangat memberansangkan? Kongsikan bersama admin!