Bina Otot Dengan Kebaikan Oatmeal

Semua maklum bahawa Protein merupakan komponen penting dalam membina otot. Namun ramai yang terlepas pandang bahawa karbohidrat dan lemak juga adalah pelengkap kepada protein dalam proses membina otot. Karbohidrat ini penting kerana ianya sumber tenaga yang tidak terdapat pada komponen lain. Oleh itu anda mampu melakukan workout dengan lebih masa dan lebih bebanan. Selain itu, karbohidrat memecahkan sumber protein dalam makanan yang anda ambil.

Karbohidrat yang terbaik adalah karbohidrat kompleks yang mengandungi fiber dan membakar makanan dengan perlahan. Oatmeal adalah suatu sumber tenaga yang memberi sumber tenaga dengan baik disamping sifatnya yang memperlahankan pembakaran karbo dalam badan. Jadi, ia adalah contoh makanan karbo terbaik yang anda harus ambil.

Maklumat pemakanan

Secara asas, hidangan secawan oatmeal yang belum dimasak mengandungi:

307 kalori
11g protein
5g fats
56g karbohidrat

Sumber protein yang baik

11g protein di dalam oatmeal adalah agak bagus bagi membina otot. Namun, perlu diingat bahawa sumber protein selain dari sumber haiwan adalah tidak lengkap dan perlu dilengkapkan dengan sumber dari haiwan seperti telur, ayam, daging dan pelbagai lagi.

Nutrien pembina otot.

Di samping mempunyai karbo yang baik dan protein yang baik, oatmeal juga mempunyai nutrien yang cukup bagi tujuan membina otot. Secawan oatmeal mengandungi 3.4mg zat besi dan 0.9mg niacin(vitamin B3). Kedua nutrien ini penting bagi menyalurkan oksigen dalam darah dan menukarkan karbo kepada bentuk tenaga.

Quick oat atau instant?

Nasihat saya ambillah oatmeal biasa tanpa perisa. Jauhi oat segera kerana semestinya ia ditambah dengan berbagai bahan perisa. Dan gula semestinya ditambah bagi menyedapkan hidangan itu. Apabila gula ditambah, secara langsungnya gula dalam darah akan meningkat dan boleh menaikkan berat badan anda.

Namun begitu, oat segera ini masih menjadi makanan yang sihat berbanding menu-menu sarapan yang lain. Dan jika anda ingin membina otot inilah menu yang anda perlu ambil kerana oatmeal ini mudah dicampur bersama sumber protein lain seperti kekacang, badam, buah-buahan kering, peanut butter dan banyak lagi.

Entri Oleh: Fakhrul Islam

Komen Facebook